Friday, April 8, 2011

Kenyalang Menjadi Rebutan

Assalamualaikum(salam sejahtera) kpd semua

Berdasarkan pemerhatian saya, pilihan raya negeri sarawak kali ini akan menjadi kayu ukur, tarikh pilihan raya umum(PRU) di semenanjung, hal ini kerana negeri sarawak merupakan penentu bagi pemerintah negara berdasarkan bilangan kerusi yg ada di sarawak. Jika BN menang besar, maka kalian semua boleh bersiap sedia, besar kemungkinan PRU akn diadakan dlm masa terdekat. Jumlah bilangan kerusi yg ada ialah 71 kerusi, sekiranya BN hilang 2/3 atau 1/2 maka besar kemungkinan lama lagi lah PRU akn berlaku.

Dilemma BN

Ia agak mengejutkan kerana menurut dr portal MyKMU.net jentera BN agak kurang hebat disesetengah kawasan, hal ini akan melemahkan pengaruh BN pada hati masy sarawak apabila pihak BN agak slow dr segi manifesto atau agenda yg ingin dijanjikan. DS Najib kini lebih berhati-hati untuk memberi janji pembaharuan di sesetengah kawasan tempat beliau telah lawati, kata nya "I want to see the result of the election here first","If you vote for BN,Sarawak will develop faster" . Sikap berhati-hati yg diamalkan oleh DS NAjib ialah kerana pada pilihan raya kecil Sibu pada tahun lepas, beliau telah melakukan kesilapan yg sgt besar dimana beliau telah memberi ucapan seolah-olah membeli para pengundi, dan kesan dari itu, Bn kalah pada PKR. Dilemma Bn juga disebabkan oleh faktor-fator lain seperti kesedaran rakyat sarawak mengenai kekayaan Taib mahmud dan keluarga, dan juga persiapan PR yang boleh dikatakan mantap apabila mereka telah menghasilkan buku jingga. Walaupun selepas pengeluaran buku jingga , pilihan raya kecil(PRK) di merlimau melaka berpihak kepada BN, namun begitu, buku jingga sedikit sebanyak telah Popular di malaysia apabila pemimpin Bn mengupas dan memberi pandangan mereka. Berdasarkan program Bicara Rakyat yg telah diadakan oleh Tv1 dimana wakil dr PR BN dan ISIS telah dijemput untuk mengupas isu buku jingga itu. Pendapat saya, Bn tersilap langkah kerana mereka seolah tidak bersedia untuk berhujah mengenai buku jingga,tetapi memperlekehkan nya, hal ini hanya mengundang musibah kerana apabila "Ilmu dijual , perlu dibeli dgn Ilmu" sekiranya mereka membeli dgn kutukan, sindiran, mereka hanya menunjukkan kelemahan mereka. Ya, pihak BN selalu memandang rendah pada kebolehan PR dalam bidang ekonomi khusus nya, tp bg pendapat saya, jika mereka tidak membuat sesuatu, mereka akan terjerat. Masalah harga minyak, harga barang, cukai 6% perkara -perkara ini ialah perkara yg sgt2 mereka perlu beri perhatian kerana rakyat sedang sengsara menghadapinya.

Sarawak antara negeri yang terkaya di malaysia, tetapi penduduknya antara yg paling miskin, apa yg mereka inginkan di sarawak? mereka mungkin kurang mendapat info-info yg meluas tetapi rakyat sarawak telah ramai yg belajar berkerja di semenanjung, mereka tidak bodoh. Isu Ekonomi menjadi isu yg sgt penting di sarawak.

PR mencari momentum

Pada pendapat saya, PR sedang berusaha untuk meluaskan prinsip ketuanan rakyat di bumi kenyalang. Mereka mengguna pakai negeri Pulau Pinang,Kedah Kelantan Selangor sbg contoh dan bukti mereka mampu mentadbir negeri. Kejayaan menawan Selangor (selain drpd Perak) merupakan
satu kejayaan yg sgt besar ini kerana selangor merupakan antara negeri yg mempunyai pelaburan yg paling tinggi di negara. Keberkesanan pemerintahan mereka di empat negeri ini hanya penduduk negeri masing2 yg mengetahuinya, setiap negeri telah mentadbir negeri mereka dgn cara yg tersndri,antaranya Penang dgn open tender nya, Kedah dgn keuntungan bernilai jutaan ringgit hasil drpd balak(lebih tinggi drpd zaman BN), Selangor dgn wang saguhati, n etc,Kelantan dgn pembangunan yg kian meningkat. Hal ini mereka telah buktikan walaupun hasilnya sedikit tetapi bg saya, dgn jangka masa 3tahun,bg saya secara peribadi ia memberangsangkan. Namun begitu, PR masih tidak berjaya membentuk sebuah pihak pembangkang yg kuat.

Ini kerana sepanjang jangka masa 3 tahun ini, terdapat beberapa ahli PR yg melompat parti dan turut menyebabkan kejatuhan negeri Perak ke tangan Bn. Hal ini turut dibuktikan apabila mereka sedikit sebanyak melakukan kesilapan seperti salah memainkan isu(seperti isu APCO) isu apco ini sepatutnya perlu ditekankan kerana wang rakyat sebanyak Rm70juta telah digunakan untuk membayar APCO demi memperkasakan agenda 1 malaysia. Mereka lebih menekankan bahawa 1malaysia ialah rekaan yahudi APCO . Sekiranya mereka dari awal menekankan isu wang rakyat yg digunakan sbyk Rm70juta lebih semata demi mencipta pelbagai slogan untuk memperkasakan agenda 1malaysia.Ini merugikan wang rakyat,wang itu lebih elok jika digunakan untuk perkara-perkara yg lebih mustahak.

Selain daripada itu, bg pendapat saya, pihak pembangkang masih mudah terpengaruh dengan permainan politik Bn.Bn secara umumnya gemar mengalihkan perhatian rakyat kpd isu-isu lain apabila mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah.Mereka lebih gemar menutup cerita dgn menimbulkan isu-isu baru agar dapat menutup mata rakayat dgn isu-isu yg lain yg tidak penting. Seperti isu video lucah baru-baru ini. Ya semua org PR tahu malah sebilangan besar rakyat malaysia sedar bahawa isu video lucah ini sememangnya mainan politik yg akan ditimbulkan apabila menjelang pilihanraya. Tetapi mereka(PR) turut ikut rentak permainan politik Bn, mereka sepatutnya terus menerus memperkasakan agenda buku jingga, mereka sepatutnya setiap ceramah mereka perlu diberi masa 10minit atau 20minit bincang mengenai buku jingga.Mereka masih terus menerus membersihkan nama mereka dgn isu-isu fitnah yg telah dilemparkan,ya mereka sememangnya perlu menangkis isu fitnah tetapi keutamaan perlu diberikan kpd isu buku jingga. Mereka telah mengedarkan buku jingga secara percuma kpd2 para penduduk kwsn mereka melawat,namun begitu adakan para penduduk akan baca? saya percaya hanya sebilangan kecil yg benar2 minat membaca sahaja akan membacanya. Tetapi jika mereka memberi penerangan mengenai buku jingga secara live, dan rakyat dpt bersama-sama cek buku jingga, nescaya, mereka pasti mempunyai peluang yg sgt cerah.

Mereka telah menang kerusi di Sibu, momentum perlu dicari agar dapat membawa bekal apabila menjelang PRU13 nanti, mereka telah menyatakan 10 perkara dlm manifesto di Sarawak. Bg saya meraka satu tapak kehadapan drpd Bn, menurut laman FB n Twitter para pemimpin PR peningkatan golongan muda n masy yg berkungjung pd malam ceramah,mungkin dpt memberi petanda baik.Perlu diingatkan sarawak mempunyai para penduduk beragam kristian yg paling ramai. Corak politik di sarawak ini mempunyai perbezaan kerana penduduknya yg terdiri daripada etnik etnik yg minoriti, mungkin kesemua isu-isu yg diperhebatkan di laman sesawang mahupun di tv tidak diketahui oleh mereka yg berada d kwsn pedalaman.

Sebelum saya mengakhiri post kali ini, pada pndapat saya, Org Sarawak tidak Suka jika mereka diperintah oleh org yg bukan dr Sarawak,mereka mempunyai maruah mereka sendiri.Mereka tidak boleh dikonkong,tetapi mereka boleh dibimbingi.