Saturday, May 4, 2013
Hari Perpaduan Rakyat Malaysia 5 Mei 2013
Setelah sekian lama mencari ilmu untuk membuat pilihan, saya telah membuat keputusan. Keputusan saya berdasarkan beberapa prinsip yang saya rasa ia betul dan bagus untuk negara tercinta. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah saya ingin mengajak rakan rakan untuk menjadi rakyat malaysia yang bertanggungjawab pada negara dengan keluar mengundi dengan penuh ilmu di dada mengenai kesemua parti politik yang bertanding. Saya lebih pentingkan perkara ini berbanding parti mana yang kalian undi kerana kita rakyat malaysia perlu berubah demi merialisasikan perubahan pada negara kita.
Ya, perubahan politik yang lebih progresif itu penting tetapi mentaliti/sikap rakyat malaysia juga sangat penting untuk berubah. Malaysia mempunyai 28juta penduduk, yang terdiri daripada perlbagai kaum, agama, budaya, sosioekonomi status, pemikiran, pegangan prinsip dan sebagainya. Apabila terdapat pelbagai perbezaan, untuk hidup sejahtera dalam satu negara, kita perlu mula dengan persamaan. Persamaan dalam konteks ini ialah persamaan untuk bersama menjadikan malaysia yang lebih baik pada masa depan (For Better Malaysia).
Perubahan pada pemikiran kita penting untuk mencapai cita cita tersebut. Kita semua perlu tahu, kerajaan adalah milik rakyat, negara adalah milik kerajaan dan rakyat.
Adil dalam menilai.
Dalam isu pemilihan kerajaan (GE13), kesemua parti politik telah menyediakan Manifesto(PR)/AkurJanji(BN)/JanjiKami(Berjasa). Tugas kita untuk menilai setiap satu dengan penuh lapang dada. Carilah ilmu dari sumber yang betul. Jika ingin kenal BN, bacalah Media Arus Perdana atau dari mulut orang BN sendiri. Pastikan kita dapat manfaat tentang apa yang mereka mahu lakukan jika mereka menang dan janganlah kita dengar apa yang mereka katakan pada pihak lawannya kerana mereka semestinya tidak akan mengatakan perkara yang baik untuk pihak lawan. Hal ini perlu diguna-pakai pada PR dan BERJASA. Ceramah PR popular dengan jenaka mengutuk BN, bagi saya, ia tidak mendidik rakyat. Saya akui memang perlu menyampaikan kegagalan pihak BN dari segi janji yang tidak mereka tunaikan dan sebagainya, tetapi jika hanya fokus pada kegagalan pihak lawan tanpa fokus pada kekuatan sendiri, ia tidak akan memberikan hasil. Sebab itu saya lebih gemar mencari ilmu sendiri dengan membaca kesemua manifesto dengan sendiri dan menonton wacana/debat/perbincangan politik untuk mendapatkan ilmu yang benar. Setiap orang ada seleranya yang tersendiri, saya ajak rakan rakan berasa selera untuk cari ilmu dengan cara yang saya syorkan. Ketika media arus perdana yang terhad, tugas kita untuk mencari yang alternatif. Namun begitu, sumber dari portal/blog perlu dinilai dengan betul. Saya hanya akan membaca blog/portal yang memaparkan siapa penulisnya atau pengendalinya. Bagi saya, penulis yang memaparkan identitinya itu lebih tulus berbandingan penulis yang menyembunyikan identitinya. Ini kerana, jika mereka menulis perkara yang tidak benar atau fitnah, mudah untuk kita melaporkan pada pihak berkuasa. Selain daripada itu, kita boleh mengenali latar belakang/ tahap pendidikan/kerjaya seseorang penulis itu. Hal ini kerana, penulisan seseorang itu selalunya akan berkait rapat dengan latar belakangnya.
Saya kurang gemar untuk menilai sesuatu parti itu berdasarkan gosip atau khabar angin atau flyers yang tidak tertulis syarikat percetakan atau sumber pengeluar. Ini kerana gosip/khabar angin/flyers ini jika fitnah, kita sukar untuk membawa kemuka keadilan. Kita boleh menyebarkan perasaan benci tetapi perasaan benci tidak dapat memajukan negara atau sejahterakan masyarakat. Sebab itu undang undang yang menghukum para penfitnah perlu tegas agar perkara ini dapat dikawal. Namun begitu kita seringterdedah dengan facebook dan twitter, saya sedar undang undang sahaja tidak boleh mensejahterakan semua perkara, oleh itu KITA sendiri yang perlu menolak penyebaran gosip/khabar angin/flyers. Jika kita tolak, tidak layan, inshAllah mereka tidak akan menghasilkan gosip/khabar angin/flyers ini lagi. "Jika tidak ada pembeli, penjual tidak akan menjual"
Manifesto Populis
Manifesto yang dihasilkan oleh kesemua pihak dikatakan populis kepada rakyat. Lebih mesra rakyat, dengan menyediakan pelbagai habuan. Bagi saya, mereka telah menyediakan manifesto sedemikian kerana mereka sedar terdapat rakyat yang menderita akibat kos hidup yang makin tinggi. Mungkin sebilangan dari kita rasa kedua dua belah pihak memperuntukan belanja yang besar untuk tampung rakyat dan seterusnya menjadikan rakyat malaysia yang terlalu bergantung pada kerajaan. Saya setuju dengan pandangan ini kerana sampai bila rakyat malaysia perlu bergantung pada hasil kerajaan, sumber minyak ialah sumber yang tidak boleh diperbaharui, ia akan habis satu hari nanti. Dasar yang boleh merancakkan ekonomi sambil dapat mengeluarkan rakyat dari kemiskinan itu penting.
Namun begitu, jurang antara rakyat yang sangat kaya dan rakyat yang sangat miskin makin merisaukan. Bagi saya mungkin sebab itu kes kecurian, rompak atm bank, ragut berleluasa. Oleh itu kedua parti menyediakan manifesto untuk mensejahterakan rakyat dengan harapan dapat membantu rakyat. Saya yakin ia tidak dapat mensejahterakan semua. Ini kerana maksud sejahtera kita adalah berbeza bergantung pada sosioekonomi. Bagi rakyat yang telah ada kereta, rumah, kerjaya pegawai, ketua syarikat, guru besar, tidak sama maksud sejahtera berbanding dengan rakyat yang masih kerja sendiri, berniaga,orang muda, keluarga besar tetapi miskin. Kita perlu tahu, apa yang kita PERLU ialah berbeza dangan apa yang kita MAHU.
Oleh itu undilah atas dasar menifesto yang sesuai dengan diri anda. Kerana manifesto ini semua untuk kita semua.
Manifesto yang berjaya Akan memberi kemenangan pada parti tersebut.
Rakyat perlu berubah demi mancapai perubahan pada negara. Kita tidak boleh mengharap dengan mengubah kerajaan kita dapat mengubah kesulurahannya.
RAKYATsendiri perlu bebas dari rasuah, duit kopi tepi jalan, perkauman, fitnah, ketidak adilan, pergantungan pada kerajaan, kronisme dalam pengurusan, adil dalam menilai setiap perkara, tidak diskriminasi, berbaik dengan yang lain, amanah dalam kerja dan pengurusan wang, mengamalkan islam dalam setiap perkara, bertanggungjawab pada negara dan sebagainya.
Kitatidak mahu perubahan kerajaan itu seperti perubahan kosmetik, luaran atau rupanya sahaja yang bertukar tetapi isinya masih lama, tidak berkualiti.
Oleh itu, jika perubahan kerajaan berlaku, perubahan rakyat juga sangat diperlukan. Walaupun jika tiada perubahan kerajaan, perubahan rakyat tetap diperlukan.
Saya berpegang kepada kuasa ketiga atau boleh dinamakan kuasa rakyat. Bagi saya, tiada parti politik di dunia ini yang sempurna kerana parti itu dihasilkan oleh manusia. Tetapi manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir, menganalisa pilihan yang kita ada. Berjuanglah atas dasar keperluan rakyat, bukan atas dasar kepentingan golongan pemerintah. Pemerintah itu hamba rakyat, kerana rakyat memberi mandat kepada pemerintah untuk memerintah. Ya, pemerintah itu perlu dihormati kerana bukan senang untuk memimpin, tetapi biarlah kita mengikut dengan berakal. Perkara yang salah, kita perlu ditentang, dikritik dan perkara yang betul perlu disokong dan puji.
Parti politik adalah medium untuk digunakan oleh rakyat malaysia untuk mencapai matlamat rakyat malaysia. Jika digunakan bahasa kasar, Rakyat perlu memperKudakan parti politik demi kepentingan rakyat. Kuda yang rakyat pilih perlulah yang dari baka yang berkualiti iaitu mempunyai dasar yang jelas yang memihak pada rakyat keseluruhannya. Kuda yang rakyat perlulah berkuasa kuda yang tinggi iaitu mempunyai kepintaran pemimpinnya dalam menguruskan masalah rakyat dan juga menghasilkan dasar dasar yang berkualiti di Parlimen. Kuda yang rakyat pilih perlu sihat tidak sakit iaitu tidak taksub pada politik kotor, politik perkauman, tidak mempunyai kanser rasuah dan pilih bulu. Kuda yang dipilih oleh rakyat perlu kuat seperti kuda yang berlari laju terus kedepan iaitu tidak memusnahkan negara, tidak memundurkan negara dari perlbagai aspek ini kerana kuda sememangnya tidak boleh lari kebelakang. Jika kuda yang kita telah pilih itu sakit ketika berlumba, wajiblah kita untuk menukar kuda yang baru yang mempunyai ciri ciri yang telah disebutkan tadi. Kuda boleh ditukar dan terus ditukar sehingga tamat perlumbaan. Namun ingatlah, perlumbaan ini tidak akan tamat sehingga kiamat, ini kerana selagi mana manusia hidup di muka bumi ini, manusia akan terus berusaha untuk mencapai matlamat iaitu sebuah negara yang lebih baik. Sememangnya fitrah manusia untuk memerlukan hari esok yang lebih baik dari hari ini. Oleh itu Perjuangan Rakyat tidak akan tamat selagi mana wujudnya manusia di muka bumi ini.
Bukan kerusi pangkat kamu yang kami mahu, bukan harta kamu yang kami mahu, tetapi kami mahu amanah kamu dalam menguruskan harta negara kami, kebijaksanaan kamu untuk menguruskan perbezaan kami, ketulusan kamu melaksanakan tugas kamu di Parlimen, kejujuran kamu dalam memelihara hak kami seluruh rakyat Malaysia.
Akhir kata, 5 Mei 2013 adalah hari penyatuan rakyat kerana rakyat akan bersatu untuk melantik pemerintah untuk jangka masa 5 tahun. Bersatulah atas dasar ilmu bukan khabar angin, bersatulah atas dasar kepentingan rakyat bukan peribadi, bersatulah atas dasar mengingingkan sebuah negara yang lebih baik bukan kekal baik, bersatulah atas dasar tanggungjawab agama dan kemanusian!
Thursday, May 3, 2012
Friday, April 8, 2011
Kenyalang Menjadi Rebutan
Monday, February 21, 2011
How to Reduce Forgetting :)
There are 10 ways to reduce forgetting, hopefully these tips can help you all in examination or remembering all points for your work presentation etc. all these tips i got from my psychology lecturer Dr. Hjh Firdaus Mokhtar. she is one of psychologist lecturer in Universiti Putra Malaysia.
Friday, July 2, 2010
minda bukan untuk dikonkong
masing masing akan menjerit AKU NAK BEBAS, I WANT FREEDOM, dr dlu lg, dr zaman dunia ini hebat dgn penjajahan, freedom freedom freedom. tp skrang ni, manusia kini mmg sudah boleh mentafsir apa erti freedoom yg mereka laungkan, adakah apabila bebas sari penjajahan itu sudah cukup memberi maksud freedom?
Slamat sejahtera semua:)
kembali kite lg di supeeology:)
rakan semua, aku telah diajar untuk jd rajin membaca dari kecil lg, kita semua telah di latih agar jd seorg yg rajin membaca, klo boleh sume bnda nk bace, iklan2 kt risalah2 sume kite nk bace, sbb semua org nk ilmu.ilmu penting untuk kita buat bahan borak n etc. tp bila semakin dewasa, kite terdedah dgn pelbagai bahan bacaan, banyak sgt2. n ini memberi maksud kita berpeluang memperoleh terlalu byk ilmu. masalah nya sekarang NEGARA RAKYAT MALAYSIA skrang ni semuanya lebih rela menyempitkan otak dieorg untuk mencari ilmu dalam sesebuah perkara. ada sesetengah perkara mereka rela menerima FITNAH YG mmg tersedia di dada akhbar2 atau web2 atau di berita TV. xboleh ke klo korang sume rajin skit untuk lebih membace, klo satu newspaper ni ckp pasal seseorg ni mcm ni, xleh ke kita sbg manusia yg matang ni usaha untuk . dgr pula ape org yg tertuduh itu ckp pastu kita menilailh sampai puas dia. INI TIDAK, APE YG TERPAMPANG, SUME SUAP MASUK OTAK.
baik dari hal ehwal agama, pandangan seorg ulama tetntang agama hinggalh ke pandangan seorg ahli politik even seorg penjenayah itu pn klo dia rase dia dianiya, kite perlu dgr penjelasan dia. DUNIA INI BUKAN KITA PUNYA. kita xboleh halang seseorg nk beri pandangan, tmbah pula klo org itu seorg yg berilmu, atau pn die telah kaji atau die telah ada ilmu ttg perkara yg dia coment, PANDANGAN YG BERBEZA DARI ORG LAIN TIDAK BOLEH DIANGGAP SESAT, ATAU BODOH, ATAU CETEK ILMU, ATAU IKUT NAFSU, ATAU TIDAK LOGIK ATAU TIDAK BERASAS. pandangan yg berbeza sgt penting agar kita dapat menilai sesuatu itu dari pelbagai sudut yg berbeza.
OTAK ADA PIKIRLH BUKAN SUAP MASUK SUME YG ORG KASI. KLO ORG KASI TAIK, KITE SUME AKAN MASUKN TAIK DLM OTAK KITA. ni ke freedom yg org sume laungkn, MINDA KITA DIKAWAL!!!
minda kita semua perlu digunakan agar kita dpt beri output yg berguna pada agama bangsa n negara. klo sekat otak kita dari nk pikir sesetengah perkara mcm mne manusia nk maju.
free your mind fellas, free your mind, jgn disebabkn sejarah dah tertulis kita dh merdeka, x semestinya kita x boleh dijajah, klo sejarah ckp kita dh berjaya tidak semestinya kita akan berjaya selamanya. jgn ikut sejarah untuk buat keputusan tetapi gunakan sejarah untuk menghasilkn IDEA BARU AGAR DAPAT MENCIPTA SEJARAH BARU.
BOB MARLEY" if you know your history, you'll know where you coming from"
negara kita telah merdeka atas parti UMNO, tetapi sekiranya ada rakyat malaysia ingin mengundi parti pembangkang agar PAKATAN RAKYAT dpt memerintah malaysia, itu dikira tidak bersyukur ke?boleh kah kalo rakyat malaysia itu digolongkan sebagai pengkhianat negara?
boleh ke peminpin negara belanja duit rakyat sesuka hati?itu duit pembayar cukai, cukai dibayar oleh org miskin org kaya org kerajaan org pembangkang sume org. BUKA MINDA KITA AGAR KITA TAHU APA YANG SEBENARNYA YG BERLAKU BAIK DI MALAYSIA, PALESTIN ISRAEL AMERIKA U.K dan SELURUH DUNIA.
JANGAN TENGOK AFGANISTAN DI HANCURKAN PASTU KITA BISING MENGAMUK TAPI XTAU KNP AFGANISTAN DIHANCURKAN, TALIBAN ITU APE? APE YANG BERLAKU KT AFGAN SKRANG?
Implemented in 2000-2001, the Taliban's drug eradication program led to a 94 percent decline in opium cultivation. In 2001, according to UN figures, opium production had fallen to 185 tons. Immediately following the October 2001 US led invasion, production increased dramatically, regaining its historical levels.
The Vienna based UN Office on Drugs and Crime estimates that the 2006 harvest will be of the order of 6,100 tonnes, 33 times its production levels in 2001 under the Taliban government (3200 % increase in 5 years).
Cultivation in 2006 reached a record 165,000 hectares compared with 104,000 in 2005 and 7,606 in 2001 under the TalibanPETIKAN ITU DI AMBIL DARI GLOBALRESEARCH
setiap yang berlaku atas muka bumi ini ada sebab, setiap tindakan manusia buat dlm tiap hari ada sbb, dari sekecil kecil bnda seperti menyimpan sampah didalam poket sehingga ke mewujudkan propaganda di sesebuah negara dgn menimbulkan KEMBALI EMOSI RAKYAT YANG SGT EGO DGN BANGSA NYA EGO DGN HAK NYA demi kepentingan peribadi malah yang buruk lg demi kepentingan dri nya untuk menguasai negara.
ALLAH mmg dh ciptakan kita dlm byk bangsa, suku, kaum n etc tp ALLAH MELARANG AGAR KITA MENINDAS KAUN LAIN, SUKU YANG MINORITI, ORG YANG BERAGAMA LAIN DARI KITA, PENDATANGAN DI NEGARA KITA SAMA, the point is kita perlu tahu knp bnda2 mcm ni berlaku, knp diputar belit statement seseorg knp duk caci maki fitnah tanpa bukti, tangkap masuk lokap sebelum seseorg itu melakukan kesalahan,knp perlu lancar OPS GAGAK HITAM apabila kes jenayah dinegara ini meningkat disebabkan oleh berkulit hitam,MMG SUDAH BERLAKU APABILA SEORG PELAJAR ISLAM BERKULIT HITAM TERKEKJUT MELIHAT DI BERITA TV POLIS MENAHAN SEMUA WARGA BERKULIT HITAM YANG MEREKA JUMPA KETIKA OPS ITU DIJALANKAN. MALAYSIA APARTHIED KA?
ini sume berlaku disebabkan kita manusia yang hidup skrang ni terlalu megah dgn pangkat yang kita ada, terlalu bangga dgn BANGSA yang kita ada TERLALU LEKA DGN AGAMA YANG KITA ANUTI SAMPAI KITA SENDIRI MELAKUKAN LARANGAN YG TELAH DI SYARIATKN OLEH ISLAM. leka n senang lenang sbb kt IC DH ADA LABEL ISLAM.
ego dgn label yang kita telah DAPAT SBG BUMIPUTRA, sehingga kan apabila seorg bumiputra memberi tanah yang tidak seberapa besar untuk ORG MISKIN YG BUKAN BUMIPUTRA,YG MMG TELAH DIKAJI SEMEMANGNYA MISKIN, DILABEL SEBAGAI PENGKHIANAT, ORG BUMIPUTRA NK MELAKU KAN KEBAIKAN YG SGT BAIK DIHALANG N DILABEL PENGKHIANAT. TETAPI KALO BUMIPUTRA NK BG SATU GUNUNG ATAU BUKIT UNTUK BUAT TAMAN TEMA HOTEL MEWAH CASINO mmg sgt2 disanjung tinggi hahaha no hal lh,
free your mind free your mind.
mungkin kalo ni nye post agak pjg sbb mmg byk terbuku dlm hati ni lama x kuar haha
mungkin ada isu2 ni sume korang dh tau, so just untuk kasi peringatan untuk free your miind:)
AKU BUKAN MENINDAS org yang telah dikutuk atau aku telah mention di dalam post kali ini, aku ambil mereka sebagai contoh krn kesilapan2 yg telah mereka lakukan,
kita sebagai rakyat malaysia, kalau kita betul2 ikhlas cntakan negara kita, bangsa kita, manusia ini, doakan lh mereka yg telah leka agar mereka sedar kesilapan yg mereka buat, bukan caci maki hamun je tp xda effort untuk betulkan org yg salah. klo kita mcm tu, kita yg perli disalahkan.
WHAT HAVE YOU DONE FOR THE NATION??
timbul kan propaganda agar dpt bersatu untuk agenda peribadi OR
mencegah keburukan melakukan kebaikan untuk menjadi contoh generasi muda
DUNIA NI BUKAN KOME YANG PUNYO, "atte sape yang punyo?"
KOME PINJAM DARI ANOK ANOK KOME.
Wednesday, October 14, 2009
kisah MANUSIA yang menarik:)
Assalamualaikum
Wahai rakan2 taulan dan saudara dan saudari sekalian,
Pernahkah anda fikirkan tabiat manusia zaman sekarang yang kononnya bersih tapi hakikatnye pengotor? Mari supee akan membuka minda anda semua untuk sedarkan masyarakat sekarang bahawa tabiat sesetengah dari kita semua mengamalkan tabiat kotor.
1. Pembantu kedai makan@ pelayan , di gerai makan melayu, warung, restoran berhawa dingin, fast food restaurant etc. anda cube perhatikan tingkah laku mereka apabila mereka lap meja yang anda duduk. Kebanyakan dari mereka dengan senang lenang membuang kotoran yang ada kat atas meja tu ke bawah meja anda. Tidakah itu tindakan yang bodoh? Apa salah nye kalau mereka membawa satu pinggan kosong untuk menadah kotoran yang ada kat atas meja tu?? Consequence dari sikap x senonoh para manusia ini akan menyebabkn kucing yang berkeliaran akan dating pungut makanan yang jatuh. Anda tau x bahawa bagi sesetengah orang, perkara yang paling dibenci adalah apabila mereka lapar dan hendak makan,ada binatang yang kacau makan termasuk lh kucing, lalat, anjing, kalkatu dan sebagainya.
Apabila diaorang buang sisa makanan kat bawah meja, kasut kita yang pijak sisa makanan2 tu, dan kawasan meja makan korang penuh dgn sisa makanan eeeeee
Geli kan?? ( so next time jgn tgk toilet kdai je utk pastikan kdai tu bersih, check sama ada dieorg sapu x lantai atau mmg lantai dieorg mmg dihiasai oleh sisa2 makanan orang2 lain)
2. “Jika ku seorang pelukis…akan ku warnai dunia… dgn warna outih agar tiada gelap disana..merata…” kata meet uncle husin. Cube korang pikirkan, kalau ada sampah kat depan mata korang korang akan pungut x? kalo kat umah, mungkin akan pungut, kalo kt kereta sendiri mungkin akan pungut, tapi buang kat luar keta. Adalah lebih baik anda buang merata sampah2 anda dirumah daripada anda membuang sampah anda di tepi jalan, di kawasan umum. Ini kerana, kalo dirumah, mesti aka nada orang yang akan pungut, tp kalo kt tepi jalan,jgn harap ada org nak pungut, terutamanya kat jalan raya. Cube anda pikir, ada ke tukang sapu sampah kt tgh2 jalan raya?? Ada sape2 nak ke keje jd sapu sampah kat tgh2 jalan raya yang kereta duk lalu slalu?? Sampah yang ada kat jalan raya tu kebarangkalian nye untuk di ambil orang 0.1.
Bila ada orang yang keje pembersih longkang, kite cakap, “ tulah dlu time sekolah malas blja,skrang keje korek longkang, kotor siot” sdar skit mulut tu, kalo dieorg ni x da, kalo sume pengutip2 sampah di jalanan tu x da, dh lama dh korang sume hidup dalam sampah hidup dalam keadaan yang kotor. Kebersihan diri semua orang jaga, bila ada orang bersih, wangi, smart sume orang suke, tp kalo org yang bersih wangi smart tu buang sampah merata atau x urus sampah die dgn btol, die lebih kotor dari orang yang pembersih longkang,
Monday, September 7, 2009
kisah bandar tasik selatan
hi semua,